UNEP Seru Tindakan Bersepadu Rungkai Cabaran

2020-12-21 12:40:28  CRI
Share with:

Program Alam Sekitar PBB (UNEP) menyeru agar seluruh masyarakat digerakkan untuk merungkai cabaran  dalam pembangunan mampan menerusi tindakan  segera membabitkan pelbagai badan.

UNEP dalam laporan prospek global yang disiarkan di Beijing pada Ahad telah menganalisis cabaran didepani dalam menangani isu alam sekitar termasuk perubahan iklim, pencemaran udara, kehilangan biodiversiti, pencemaran plastik di laut dan degradasi tanah.

Laporan itu menyebut, keadaan persekitaran global semakin buruk.  Dasar-dasar berkaitan yang sedia ada masih tidak memadai untuk mengatasi cabaran tersebut, maka tindakan bersepadu melibatkan seluruh masyarakat amat diperlukan.

Naib Menteri Ekologi dan Alam Sekitar China, Zhao Yingmin menyatakan China akan berkongsi pengalaman dengan negara-negara lain, berusaha mendorong kerjasama Selatan-Selatan, di samping bersama-sama menggalakkan transformasi yang hijau dan karbon rendah ke arah merealisasikan matlamat pembangunan mampan 2030.

梁靓