AS mengharungi minggu paling buruk sejak tercetusnya wabak COVID-19 dengan purata jangkitan harian mencecah 210 ribu manakala kes kematian melebihi 18 ribu.
Yang perlu bertanggungjawab atas tragedi ini ialah politikusnya yang sentiasa berdusta dalam usaha menangani wabak.
Pada 19 Disember, Washington Post telah menerbitkan artikel panjang yang mendedahkan pelbagai kesilapan kerajaan AS dalam membendung wabak sepanjang sepuluh bulan lalu. Artikel berkenaan juga mengkritik presiden negara itu melepaskan tanggungjawab atas kesihatan awam, sebaliknya asyik menyebarkan maklumat palsu dengan menggunakan "pembesar suara".
Walaupun gagal mengawal penularan wabak dalam negeri, kerajaan AS tidak berhenti menghasut konfrontrasi di negara lain. Perkara ini sekali lagi memperlihatkan bahawa laba politik antara yang paling diutamakan politikus AS.
Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan (IHME) Universiti Washington menjangkakan sebanyak 237 ribu kes kematian COVID-19 akan direkodkan di AS dalam tempoh tiga bulan akan datang. Entahlah sama ada politikus AS akan bertindak bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan nyawa daripada ditelan wabak, ataupun terus asyik mengaut laba politik.