China Penting dalam Jaga Sistem Dagangan Global

2020-12-22 14:25:37  CRI
Share with:

China memainkan peranan penting dalam usaha menjaga sistem perdagangan antarabangsa serta menentang unilateralisme dan amalan perlindungan khususnya sejak tercetusnya pandemik COVID-19 pada awal tahun ini.

Demikian ujar Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya menerusi pautan video pada Sidang Kemuncak Ekonomi Cina Dunia di Kuala Lumpur pada Isnin.

Muhyiddin menyatakan, seruan China bahawa COVID-19 tidak sepatutnya dijadikan dalih untuk mengasingkan diri daripada dunia luar atau mengamalkan dasar mementingkan dalaman adalah amat senada dengan Malaysia.

Katanya, tatkala rakyat seluruh dunia berdepan krisis kesihatan serius akibat COVID-19, adalah pentingnya untuk kerajaan negara-negara terus mendukung peraturan perdagangan antarabangsa, seterusnya memberikan kepastian dan boleh jangka untuk perniagaan.

Beliau turut menekankan perlunya memastikan kelancaran aliran barangan dan perkhidmatan rentas sempadan, di samping meminimumkan gangguan terhadap rantaian bekalan serantau dan global.

周乔西