“Buruh Paksa”, Tohmahan Semata-mata

2020-12-23 13:23:50  CRI
Share with:

Sejak awal tahun ini, kekuatan anti-China dari Barat termasuk Amerika Syarikat (AS) terus-menerus mencanangkan isu "buruh paksa" di Xinjiang atas nama hak asasi manusia, bahkan mengenakan sekatan terhadap pegawai, institusi dan syarikat di wilayah itu.

Di sebalik perbuatan seumpama, terdedah niat jahat mereka yang mahu menghasut antagonisme antara kaum di China, serta memburuk-burukkan imej dan mengekang pembangunan negara ini.

Padahal, isu “buruh paksa" hanyalah khabar angin yang direka-reka kekuatan anti-China dengan tujuan untuk merampas hak penduduk etnik minoriti di Xinjiang mengejar hidup lebih bahagia menerusi pekerjaan, dan merosakkan pembangunan wilayah itu.

Kertas putih dan laporan siasatan mengenai jaminan pekerjaan di Xinjiang yang masing-masing disiarkan pada September dan Oktober tahun ini bukti kukuh bahawa tidak wujud apa yang disebut "buruh paksa" di wilayah itu, sebaliknya penduduk etnik minoriti tempatan dapat memilih kerjaya secara berdikari, sukarela dan bebas dengan menikmati skim jaminan ditawarkan kerajaan.

周乔西