Singkap Era Baharu Hubungan China-Laos

2020-12-23 11:44:23  CRI
Share with:

Hubungan antara China dengan Laos bergerak menuju ke era baharu apabila usaha membina komuniti berkongsi nasib sesama negara terus diperkasakan.

Demikian ujar Presiden China Xi Jinping ketika dihubungi rakan sejawatnya dari Laos, Boungnang Vorachith menerusi panggilan telefon semalam.

Xi berkata, dua negara harus mempertingkat pertukaran lawatan peringkat tinggi serta perkongsian pengalaman dalam urusan pentadbiran negara dan parti pemerintah.

Beliau mencadangkan supaya penyelarasan strategi pembangunan dua negara diperdalam sambil mempercepat projek landasan kereta api dan koridor ekonomi, serta meluaskan kerjasama dalam budaya, pendidikan dan pelancongan.

Xi berharap agar visi membina komuniti berkongsi nasib sesama negara dapat membuahkan lebih banyak hasil ketara hingga membawa limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Dalam pada itu, Boungnang turut membalas, sempena sambutan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik dua negara pada tahun hadapan, pihaknya ingin mengangkat hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi menerusi kerjasama pragmatik di bawah rangka inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta penglibatan dalam usaha memelihara keamanan dan pembangunan rantau dan antarabangsa.

董筱娉