Visi Wujud Komuniti Pengangkutan Sesama Insan

2020-12-24 14:49:16  CRI
Share with:

Kebertanggungjawaban dan kebijaksanaan China dianggap sebagai faktor penting yang menyumbang kepada pembangunan lestari global dan pembentukan komuniti pengangkutan sesama insan.

Itu antara rumusan yang dibuat Dewan Negara menerusi kertas putih “Pembangunan Mampan Pengangkutan China” pada 22 Disember.

Selama ini, China melaksanakan dengan bersungguh-sungguh agenda pembangunan mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), di samping aktif menyertai tadbir urus pengangkutan global serta berdedikasi terhadap interaksi dan kerjasama antarabangsa.

Seperti yang direkodkan dalam kertas putih tersebut, jarak landasan kereta api di seluruh negara mencapai 139 ribu kilometer setakat hujung tahun 2019, dan 35 ribu kilometer daripadanya ialah untuk operasi kereta api berkelajuan tinggi (HSR), menduduki tangga teratas di dunia.

Manakala, rangkaian lebuh raya mencatat 5,013 ribu kilometer, antaranya lebuh raya ekspres 150 ribu kilometer, mendahului negara-negara lain.

China sememangnya dikenali sebagai pendahulu dalam sektor pengangkutan, kini sedang menuju ke arah status kuasa pengangkutan maju dunia.

Selaku sebuah kuasa bertanggungjawab, selain menambah baik infrastruktur dalam negeri, China juga mempertingkat kerjasama dengan negara-negara lain dalam bidang pengangkutan, sekali gus memberi nafas baharu kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan pengangkutan global.

Berperanan sebagai penyokong multilateralisme, China proaktif menggalakkan transformasi sistem tadbir urus pengangkutan global. Kertas putih berkenaan menyebut, negara itu sentiasa mematuhi dan melaksanakan kewajipan, menjalin ikatan rapat dengan negara-negara lain menerusi program kolaborasi pengangkutan, serta memberi sumbangan besar kepada pengurangan kemiskinan global, pencegahan dan pengurusan pencemaran dan pertumbuhan ekonomi.

Terutamanya saat pandemik COVID-19 merebak di dunia, kesungguhan China dalam menyalurkan bantuan berupa barangan keperluan ke merata-rata tempat turut membakar semangat rakyat sedunia untuk memerangi wabak dan merancakkan semula aktiviti ekonomi.

董筱娉