Singapura Catat Satu Kes Varian Virus B117

2020-12-24 14:05:16  CRI
Share with:

Singapura pada Rabu melaporkan satu kes jangkitan strain virus B117 membabitkan seorang remaja perempuan berumur 17 tahun yang menuntut di Britain dari Ogos 2020.

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH), pelajar berkenaan pulang ke Singapura pada 6 Disember dan mula mengalami demam sehari kemudian ketika sedang menjalani tempoh kuarantin wajib.

Terdahulu, Singapura sudah mengumumkan keputusan memperketat kawalan terhadap kemasukan individu dari Britain bermula Khamis sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko penularan varian virus COVID-19 yang kini merebak di negara itu.  

梁靓