AIIB, Contoh Kerjasama Pelbagai Hala

2020-12-25 15:46:40  CRI
Share with:

Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) menjadi contoh kepada kerjasama pelbagai hala di peringkat antarabangsa sejak ditubuhkan lima tahun lalu.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Perniagaan Brazil-China, Ronnie Lins menganggap, operasi AIIB membabitkan rantai nilai yang amat luas, dengan menawarkan banyak projek pelaburan yang menjanjikan keuntungan kepada banyak negara dan perusahaan.

Dengan pelaksanaan projek-projek perubatan, pengangkutan, tenaga dan telekomunikasi, negara-negera berkenaan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan rakyat pula memperoleh pendapatan yang memuaskan.

Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik Thailand-China (TCSC), Surasit Thanadtang mengulas bahawa infrastruktur merupakan asas pembangunan ekonomi. Perkembangan pesat China selama ini adalah berkat peruntukan besar kepada pembinaan infrastruktur.

Beliau yakin, AIIB akan memangkinkan pembangunan Thailand, malah seluruh rantau.

Sepanjang lima tahun beroperasi, AIIB berkembang sehingga mempunyai 103 anggota, dengan menawarkan pelaburan berjumlah USD20 bilion (RM81.21 bilion) dalam projek infrastruktur, yang membabitkan tenaga, pengangkutan, kewangan, sumber air dan pembangunan bandar.

董筱娉