Britain, EU Capai Kata Sepakat

2020-12-25 12:30:27  CRI
Share with:

Britain dan Kesatuan Eropah (EU) mencapai satu perjanjian perdagangan bebas pasca Brexit pada Khamis.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dalam sesi taklimat di Downing Street pada hari sama.

Boris menegaskan negaranya akan kekal sebagai rakan sekutu bagi EU selepas Brexit.

Katanya, perjanjian tersebut akan membolehkan barangan keluaran Britain dijual di parasan tunggal EU dengan sifar tarif and bebas kuota, malah membenarkan urus niaga yang lebih rancak antara syarikat dan pengeksport Britain dengan rakan dagang di benua Eropah.

Beliau percaya, lebih banyak peluang pekerjaan akan ditawarkan dan kemakmuran ekonomi serantau dapat dipacu selepas perjanjian itu dilaksanakan bermula 1 Januari depan.

周乔西