Penagih Sekatan Pasti Ditelan Padah

2020-12-25 14:41:40  CRI
Share with:

Bilamana berselisih pendapat, sekatan langsung dijadikan penawar. Di bawah manipulasi sesetengah politikus AS, percaturan sekatan hampir bersinonim dengan dasar luar negara itu pada tahun-tahun kebelakangan.

Untuk rekod, lebih 3,900 tindakan sekatan telah dilaksanakan AS terhadap negara lain sejak kerajaan penggal ini mula mentadbir pada 2017, iaitu secara puratanya tiga sekatan untuk sehari. 

Kenapa politikus AS begitu ketagihan langkah sekatan? Jawapannya ialah kosnya dianggap lebih rendah berbanding dengan tindakan ketenteraan apabila mahu meluahkan rasa tidak berpuas hati. 

Tetapi, jika sesebuah kerajaan hanya pandai mengendalikan hubungan luar melalui sekatan, juga bermakna  ia tidak mempunyai kebijaksanaan untuk menyelesaikan percanggahan pendapat secara munasabah. 

Semua negara di dunia baik besar mahupun kecil adalah sama rata. Merungkai perselisihan melalui dialog merupakan cara yang betul bagi mengendalikan hubungan antarabangsa. Tiada mana-mana negara yang akan tunduk kepada sekatan kerana ia berkaitan dengan maruah dan kepentingan diri.

Percaturan sekatan yang dimainkan secara sewenang-wenangnya tidak membantu menyelesaikan masalah, sebaliknya akan menyebabkan AS makin dijauhi seluruh dunia.

张哲