Vaksin CoronaVac Terbukti Selamat

2020-12-25 11:51:31  CRI
Share with:

Vaksin CoronaVac Terbukti Selamat_fororder_9500049_1_6012_e50686ca-a381-4ba4-82e8-2405d4aa01fd

Keputusan ujian percubaan fasa ketiga kendalian kerajaan negeri Sao Paulo dan Institut Butantan Brazil menunjukkan vaksin COVID-19 yang dibangunkan China selamat dan berkesan dalam mencegah gejala COVID-19.

Pengarah Institut Butantan, Dimas Covas dalam sidang media pada Rabu berkata, vaksin yang diberi nama CoronaVac, hasil syarikat farmaseutikal China, Sinovac Biotech terbukti selamat selepas lebih 20,000 dos diberikan kepada sukarelawan.

Difahamkan bahawa  5.5 juta dos CoronaVac tiba di lapangan terbang antarabangsa Viracopos di Sao Paulo, awal pagi 24 Disember, dan sebanyak dua juta dos lagi akan tiba di bandar itu minggu depan.

董筱娉