Rakyat Didahulukan, Pegangan Tangani Cabaran 2020

2020-12-26 14:23:46  CRI
Share with:

Bagaimana menjaga keselamatan nyawa daripada ancaman pandemik COVID-19 dan mengendalikan hubungan antara individu dengan masyarakat secara munasabah, sudah tentu cabaran yang dihadapi pelbagai negara di dunia sepanjang 2020.

Sebagai negara yang paling awal mengesan COVID-19, China telah berjaya mengawal penularan wabak dengan berkesan, di samping mencapai pertumbuhan ekonomi positif. Prestasi cemerlang itu adalah berkat prinsip “rakyat didahulukan” yang menjadi pegangan kerajaan China.

Ketika berdepan risiko penularan wabak COVID-19 pada awal tahun ini, Presiden Xi Jinping kerap kali menekankan bahawa keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat perlu menjadi keutamaan. Justeru, tindakan yang pantas lagi efisien telah diambil kerajaan bersama seluruh masyarakat untuk membanteras wabak tersebut. Semua laluan pengangkutan yang menghubungkan Wuhan terus ditutup, sementara lebih 42,000 anggota perubatan dari seluruh negara dikerahkan ke bandar itu untuk membantu perjuangan melawan wabak di sana.

Prinsip “rakyat diutamakan” juga dapat dilihat daripada pelbagai inisiatif kerajaan China untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan menerajui pembangunan sosioekonomi daripada impak pandemik. Dalam pada itu, usaha memantapkan pengambilan pekerjaan dan memelihara kehidupan rakyat antara yang paling dititikberatkan. Usaha bertungkus lumus ini berjaya membuahkan hasil yang memberangsangkan apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat pertumbuhan positif pada tiga suku tahun pertama, sementera lebih 10 juta peluang pekerjaan diwujudkan di bandar dan pekan setakat bulan Oktober.

Pencapaian yang lebih mengagumkan adalah kemiskinan mutlak telah dihapuskan di seluruh negara seperti yang dijadualkan.

张哲