Sorok Vaksin, Rosakkan Sinergi Lawan Wabak

2020-12-26 16:51:15  CRI
Share with:

Jurang dalam pengagihan vaksin COVID-19 di seluruh dunia telah didedahkan menerusi data-data yang dikeluarkan pertubuhan People’s Vaccine Alliance (PVA) mutakhir ini.

Menurut laporan PVA, meskipun populasi negara-negara berpendapatan tinggi hanya menduduki 14% daripada keseluruhan populasi global, namun mereka telah membeli lebih 50% vaksin yang tersedia di seluruh dunia.

Antaranya, bilangan dos vaksin yang disorokkan Kanada adalah sebanyak lima kali ganda daripada populasi negara itu. Sedangkan, 67 buah negara berpendapatan sederhana dan rendah termasuk Kenya, Myanmar dan Nigeria dijangka hanya mampu memastikan seorang bagi setiap sepuluh yang memerlukannya diberikan suntikan vaksin menjelang penghujung tahun depan.

Penyorokan vaksin oleh sesetengah negara suatu perbuatan yang akan merosakkan solidariti global untuk membendung pandemik COVID-19.

Kelakukan seperti ini bukan sekadar membelakangi kewajipan hak asasi manusia antarabangsa yang patut dipikul negara-negara maju, malah menunjukkan egoisme yang berurat akar pada segelintir politikus dari Barat.

Terdahulu, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus menekankan, pendekatan yang paling berkesan bagi membendung COVID-19 sambil memacu pemulihan ekonomi global adalah dengan memastikan sebilangan penduduk di semua negara dapat menerima suntikan vaksin, bukannya vaksin tersedia kepada semua penduduk di beberapa negara sahaja.

周乔西