Keterbukaan China Pacu Pemulihan Ekonomi Dunia

2020-12-27 15:12:01  CRI
Share with:

Betapa tingginya iltizam China untuk memperluas keterbukaan dan apa pengaruhnya kepada dunia? Jelaslah jawapannya selepas meneliti ucapan-ucapan Presiden Xi Jinping sepanjang 2020 yang kerap kali menekankan bahawa China komited meningkatkan keterbukaan ke tahap lebih tinggi dan menyumbang kepada pembangunan bersama semua negara.

Keterbukaan China menyediakan peluang secara langsung kepada dunia apabila komitmen negara ini untuk menjadikan pasaran domestik berpopulasi 1.4 bilion sebagai pasaran dunia yang dikongsi semua, ditunaikan bersungguh-sungguh.

China juga bekerjasama dengan pelbagai negara dalam usaha membangunkan Jalur dan Laluan yang berkualiti tinggi, dan aktif menyertai kerja menyusun peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa, selain berdedikasi terhadap penambahbaikan tadbir urus ekonomi global.

Paradigma pembangunan baharu China adalah berorientasikan dwikitaran yang bersifat terbuka dengan kitaran domestik dan antarabangsa saling menggalakkan.

China dijangka merekodkan jumlah import barangan melepasi USD22 trilion (RM89.3 trilion) dalam tempoh sedekad akan datang. China yang bakal memasuki fasa pembangunan baharu akan terus menyuntik pemacu kepada pemulihan ekonomi global dan berjuang menyumbang kepada pembangunan ekonomi dunia yang terbuka.

张哲