Tedros:COVID-19 Bukan Pandemik Terakhir di Dunia

2020-12-28 13:40:49  CRI
Share with:

Tedros:COVID-19 Bukan Pandemik Terakhir di Dunia_fororder_微信图片_20201228095927

Dalam tempoh 12 bulan yang berlalu, dunia ini berada dalam pergolakan akibat penularan wabak COVID-19, yang bukan sahaja sejenis penyakit berjangkit malah juga melakhirkan pengaruh yang mendalam terhadap sosial dan ekonomi. 'Bagaimanapun, ia bukan peristiwa yang luar sangkaan'. Demikian dinyatakan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus kelmarin ketika menyampaikan ucapan melalui video sempena Hari Pencegahan Penyakit Berjangkit Antarabangsa yang jatuh pada 27 Disember.

Beliau menyatakan, banyak laporan yang dibuat dalam beberapa tahun lalu menunjukkan bahawa masyarakat dunia belum pernah membuat persiapan yang baik untuk menghadapi tercetusnya pandemik. Pengalaman sejarah memberitahu kita bahawa wabak COVID-19 bukan pandemik yang terakhir.

Beliau menekankan, semua orang mesti mengambil pengajaran daripada penularan wabak ini. Setiap negara perlu menambah peruntukan dana untuk meningkatkan kemampuan mencegah dan mengesan masalah kecemasan dan kemudian meringankan pengaruhnya. Usaha berkenaan memerlukan penglibatan keseluruhan kerajaan dan masyarakat. Selain itu, hubungan antara manusia dan haiwan serta ancaman daripada perubahan iklim perlu ditangani dengan baik. 

曹捷