WHO: Varian COVID-19 Adalah Normal dan Boleh Dijangka

2020-12-29 14:22:48  CRI
Share with:

Varian COVID -19 adalah “ normal dan boleh dijangka” kerana virus jenis itu memang akan mempunyai varian yang semakin banyak seiring dengan penularannya yang menjadi semakin meluas.

Menurut maklumat dari ketua teknikal program kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Maria Van Kerkhove pada sidang akhbar semalam, walaupun varian baharu COVID-19 dikesan pada masa yang sama di Afrika Selatan dan Britain, namun kedua-dua varian tersebut tidak mempunyai bentuk yang sama.

Sementara itu, Britain mengesahkan mutasi virus COVID -19 tidak mengakibatkan perubahan ketara berhubung kadar pesakit yang diwadkan di hospital, kadar kematian dalam tempoh 28 hari dan keadaan jangkitan semula.

WHO: Varian COVID-19 Adalah Normal dan Boleh Dijangka_fororder_微信图片_20201229103726

Menurut Pengarah Program Kecemasan WHO, Dr Michael Ryan pula, pembangunan vaksin bertujuan mengelakkan penyakit menjadi teruk dan pertambahan kes kematian, dan menjaga keselamatan pekerja perubatan serta golongan yang mudah terjangkit. Menurut beliau lagi, virus COVID-19 dijangka mungkin menjadi sejenis virus epidemik kedaerahan pada masa depan.

曹捷