Tercapai Matlamat Pembinaan Landasan Kereta Api China-Laos Tahun Ini

2020-12-30 12:31:26  CRI
Share with:

Landasan Kereta Api China-Laos bahagian Luang Prabang, kota kuno utara Laos telah siap dibina, menandakan tercapainya matlamat pembinaan landasan kereta api tersebut yang dijadualkan awal tahun ini.

Sejak projek ini dimulakan pada 27 Mac lalu, pembinaan landasan kereta api dari Vientiane, ibu kota negara itu ke Luang Prabang telah diselesaikan 240 kilometer, iaitu 57% keseluruhan projek ini.

Landasan Kereta Api China-Laos merupkaan projek tonggak yang strategik yang berperanan menyelaraskan pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) anjuran China dengan pelan “Dari Negara Pedalaman Ke Negara Saling Hubung” anjuran Laos.

张宪