Prestasi China dalam Pembasmian Kemiskinan, Sinaran bagi Dunia yang Berada dalam Awam Gelap

2020-12-30 14:46:32  CRI
Share with:

Ketika bangun pagi dan mengangkat cawan kopi, anda mungkin tidak membayangkan bahawa kopi itu berasal dari China, kampung halaman teh, dan kopi itu berperanan mengubah nasib penanam kopi China. "Ini adalah suara latar belakang dalam sebuah klip video yang berjudul " Cerita Pembasmian Kemiskinan dalam Secawan Kopi ", yang diedarkan secara meluas melalui media sosial Barat baru-baru ini. Seperti yang diperkenalkan dalam klip video itu, pada tahun 2020, di kota Pu'er, provinsi Yunnan China terdapat kira-kira 600 ribu orang berjaya membebaskan diri daripada kemiskinan. Angka itu setara dengan populasi negara Luxembourg. Kejayaan itu tidak terlepas dari biji kopi hasil Yunnan.

Pada tahun 2020, China telah mencapai matlamat pembasmian kemiskinan tegar dan menghapuskan semua nama dari Senarai Kaunti Miskin menurut jadualnya, sambil berjuang melawan wabak COVID-19. Ini bermakna China telah merealisasikan matlamat pembasmian kemiskinan yang terkandung dalam Agenda Pembangunan Lestari 2030 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan lebih awal 10 tahun, dan menyumbang lebih 70% kepada usaha global tersebut.

Presiden China, Xi Jinping mengatakan bahawa tujuan kerja kami dari mula hingga akhir adalah untuk membantu rakyat mampu menjalani kehidupan yang baik. Ini juga dianggap tenaga penggerak utama dalam perjuangan membasmi kemiskinan di China. Serentak itu, China telah menggaris strategi dan langkah-langkah yang tepat untuk membasmi kemiskinan dari peringkat akar umbi. Setiausaha Agung PBB, Antonio Gutrres menganggap pengalaman China boleh dicontohi negara membangun lain.

Menurut laporan Bank Dunia,Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang dikemukakan China dijangka akan membantu 7.6 juta orang membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan tegar dan 32 juta orang dikeluarkan dari kemiskinan sederhana.

Pembasmian kemiskinan bukan tujuan akhir, sebaliknya adalah titik tolak baharu bagi rakyat China untuk mencapai kemakmuran bersama-sama, sekali gus membuka lembaran baharu dalam sejarah pembasmian kemiskinan dunia dan membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan.

曹捷