China yang Hijau Sasarkan Pembangunan Lestari Dunia

2020-12-31 13:10:14  CRI
Share with:

China yang Hijau Sasarkan Pembangunan Lestari Dunia_fororder_webwxgetmsgimg

China komited berusaha agar pelepasan karbon dioksida negara ini mencapai puncak sebelum tahun 2030, dan matlamat karbon neutral diwujudkan menjelang tahun 2060. Demikian dinyatakan Presiden Xi Jinping pada Perhimpungan Agung Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) ke-75 yang diadakan pada 22 September lalu.

Komitmen China ini dianggap langkah penting bagi mendorong pembangunan lestari dunia. Tempoh masa yang diperlukan China untuk mencapai matlamat ini hanya separuh berbanding negara maju termasuk Britain dan Jerman.

Usaha membaikpulih ekologi persekitaran China mencapai kemajuan ketara dalam tempoh lima tahun lalu. Kadar pelepasan karbon dioksida bagi per unit Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di China menurun 48.1% pada tahun 2019 berbanding dengan 2005, lebih awal dari jadual asalnya yang menyasarkan pencapaian berkenaan menjelang tahun 2020. China menjadi negara pelabur terbesar dalam penerokaan tenaga yang boleh diperbaharui di dunia untuk banyak tahun berturut-turut.

Dalam perkembangan lain, China juga menjalankan kerjasama dengan lebih 100 negara dan wilayah dalam sektor perniagaan sumber tenaga, pelaburan, kapasiti industri, kelengkapan dan kemudahan, teknologi dan piawaian untuk mendorong  transformasi penggunaan tenaga secara bersih dan karbon rendah. Selain itu, China juga menyertai urus tadbir sumber tenaga pelbagai hala, betindak inisiatif dalam penandatangan dan ratifikasi Konvensyen Biodiversiti dan dukumen lain. Presiden Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-25, Carolina Schmidt memuji China yang berperanan penting dalam pelaksanaan Perjanjian Paris, dan mendorong pelbagai negara mencapai persepakatan untuk menangani masalah perubahan iklim global.

China akan mencapai hasil ketara dalam transformasi yang berorientasikan kehidupan dan pengeluaran hijau dalam tempoh lima tahun akan datang berikutan jumlah pelepasan bahan pencemar utama terus berkurangan.  Keadaan ekologi  persekitaran negara ini akan dibaikpulih pada asasnya setelah pelepasan karbon dioksida mencapai puncak pada tahun 2035.  China yang sentiasa mengotakan janjinya dijangka akan mencapai matlamatnya dalam usaha menangani isu perubahan iklim sambil mengamalkan nilai-nilai pembangunan baharu dan transformasi  pembangunan sosioekonomi yang hijau.

高蕾