AS Mahu Membuli Lagi Melalui Penguatkuasaan Akta Babitkan Isu Taiwan

2020-12-31 15:47:11  CRI
Share with:

Baru-baru ini, pemimpin AS telah menandatangani "Akta Peruntukan Komprehensif Tahun Fiskal 2021", yang mengandungi apa yang disebut fasal-fasal "Jaminan Taiwan" yang mengheboh-hebohkan penjualan senjata kerajaan AS kepada Taiwan dijadikan normal dan mengancam akan menyokong penyertaan Taiwan dalam beberapa pertubuhan antarabangsa yang penting. Tindakan AS ini dilihat sebagai campur tangan terhadap urusan dalaman China serta pencabulan terhadap kepentingan negara China, dan mendapat bantahan tegas dari China. 

Isu Taiwan berkaitan dengan kedaulatan dan keutuhan wilayah China dan juga merupakan masalah yang paling penting dan sensitif dalam hubungan China- AS. Dalam Pengumuman Penjalinan Hubungan Diplomatik China-AS pada tahun 1978, AS mengiktiraf kerajaan Republik Rakyat China adalah satu-satunya kerajaan yang sah di China. Para politikus AS mengetahui perkara ini dengan jelas. Namun, berdasarkan prasangka ideologi yang kuat dan mentaliti Perang Dingin, mereka melakukan kesalahan berulang kali dan terus bermain api dalam isu Taiwan yang melibatkan kepentingan teras China.

Dalam tempoh empat tahun lalu, AS telah menjual senjata kepada Taiwan sebanyak 11 kali, dan selanjutnya penjualan itu ditingkatkan kepada enam kali pada tahun 2020. AS telah menguatkuasakan Fakta Taipei Tahun 2019 pada tahun ini dan menghantar kapal perang merentasi Selat Taiwan lebih 10 kali. Lebih-lebih lagi, Setiausaha Negara AS Mike Pompeo menguar-uarkan "Taiwan bukan sebahagian wilayah China", iaitu secara terang-terangan menginjak-injak dasar politik bagi hubungan diplomatik yang terjalin antara kedua-dua negara. Tindakan yang selalu menyentuh garis merah bagi kepentingan teras China tersebut adalah puncanya mengakibatkan situasi Selat Taiwan makin meruncing. 

Namun, tidak kira betapa gilanya para politikus AS, percubaan mereka tidak akan berhasil. Sebelum ini, China sudah mengambil tindakan balas terhadap tindakan AS yang menjual senjata kepada Taiwan, dengan melaksanakan sekatan terhadap syarikat industri ketenteraan AS termasuk Lockheed Martin Corporation, Boeing Integrated Defense Systems dan Raytheon Company serta individu dan entiti yang memainkan peranan yang buruk dalam penjualan tersebut. Ini menggambarkan iltizam China untuk memelihara kedaulatan negara.

Hubungan China-AS sedang menghadapi situasi yang paling serius sejak terjalinnya hubungan diplomatik. Kerajaan penggel baharu AS jika hendak memelihara kepentingan sendiri di rantau Asia-Pasifik, diharap menyedari kerumitan dan kesensitifan isu Taiwan, dan mengelakkan diri dari terjerumus ke kancah yang bahaya.

曹捷