Kebertanggungjawaban China dalam Atasi Kesukaran

2021-01-01 16:02:27  CRI
Share with:

Pada tahun 2020berhadapan perubahan dunia yang tidak pernah berlaku dalam seratus tahun lalu dan tercetusnya wabak COVID-19, China yang bersikap bertanggungjawab sentiasa memelihara amalan multilateralisme dan perdagangan bebas. Perbuatan yang ikhlas menjadikan negara ini rakan bagi semakin banyak negara membangun.

Pada saat yang genting dalam melawan wabak COVID-19, Presiden China, Xi Jinping menyeru pelbagai negara menjunjung konsep mendahulukan kepentingan rakyat dan mengutamakan  keselamatan nyawa, mencadangkan pelbagai pihak dengan aktif menyokong Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memainkan peranan pimpinan, dan berjanji akan berusaha menjadikan vaksin COVID-19 produk awam yang mampu diperolehi rakyat pelbagai negara. Langkah-langkah itu berjaya menggembleng tenaga sejagat dalam perjuangan melawan wabak.

Setakat pertengahan bulan Disember, China telah membekalkan lebih 200 bilion penutup mulut dan hidung, lebih 2 bilion pakaian pelindung dan 800 juta kit ujian kepada pelbagai negara serta menghulurkan bantuan kepada lebih 150 buah negara dan sembilan pertubuhan antarabangsa untuk melawan wabak di samping menghantar 36 pasukan pakar perubatan kepada 34 buah negara. Sumbangan China dengan kemampuan sendiri kepada sejagat telah berjaya meringankan pengaruh negatif daripada amalan unilateralisme.

China dapat mengawal wabak terlebih dahulu dan segera menyambungkan semula pengoperasian masyarakat dan pengeluaran supaya pertumbuhan ekonomi menjadi positif semula. Serentak itu, China mengekalkan keterbukaan pada tahap yang tinggi. Derdasarkan kelebihan pasaran yang amat besar dan potensi permintaan domestik, China telah memperkenalkan beberapa cadangan untuk mendorong pemulihan ekonomi dunia, yang dianggap telah menyuntik keyakinan dan tenaga penggerak kepada ekonomi dunia.Pada pertengahan bulan November, Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang dianjurkan ASEAN dan disertai negara Asia-Pasifik termasuk China telah ditandatangani secara rasmi.Pada penghujung bulan Disember, rundingan perjanjian pelaburan China-Eropah diselesaikan mengikut jadualnya. Kesemua ini membuktikan kesediaan China yang ikhlas untuk memelihara amalan multilateralisme dan perdagangan bebas.  

曹捷