'Tenaga China' Dorong Dunia Berkembang Maju

2021-01-02 14:07:55  CRI
Share with:

'Tenaga China' Dorong Dunia Berkembang Maju_fororder_微信图片_20210102155254

Sempena sambutan tahun 2021, Presiden China, Xi Jinping menyampaikan perutusan tahun baharu menerusi Kumpulan Media China (CMG) dan internet.

Dalam ucapannya, Presiden Xi telah mengimbas kembali perjalanan luar biasa pada tahun 2020, menjangka prospek pembangunan pada tahun 2021, dan akhirnya mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada semua.

Yang ditegaskan dalam ucapan ini adalah 'tenaga China' yang bukan sahaja telah menggalakkan rakyat China untuk mengatasi kesukaran dan juga memberikan keyakinan dan dorongan kepada masyarakat antarabangsa dan mendorong dunia meniti jalan yang penuh dengan ranjau duri.

Pada tahun yang baru berlalu, wabak COVID-19 melanda seluruh dunia mengakibatkan ekonomi dunia menghadapi kemerosotan yang paling serius sejak Perang Dunia Kedua. Namun, usaha yang dijalankan China telah memberikan jawapan yang memuaskan kepada rakyat sekali gus mengagumkan dunia. Serentak itu, China dengan aktif mendorong kerjasama antarabangsa untuk melawan wabak, sekali gus menunjukkan gambaran yang hidup mengenai konsep 'komuniti berkongsi nasib sesama insan'. Utusan Khas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Pencegahan dan Kawalan COVID19, David Nabarro mengatakan, China telah memberikan sumbangan yang besar sekali dalam pelbagai bidang termasuk berkongsi pengalaman dan teknologi serta membekalkan barangan untuk kegunaan pencegahan dan kawalan wabak.

Pada zaman globalisasi ini, China merupakan entiti ekonomi utama yang pertama di dunia yang telah mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang positif , yang dilihat boleh membawa peluang kepada pemulihan ekonomi dunia. China terus menjadi enjin ekonomi dunia di samping mendorong penyelidikan sains demi kesejahteraan rakyat dan menggalakkan proses pembasmian kemiskinan dunia dengan tercapainya sasaran pembasmian kemiskinan mutlak di negara sendiri.

2021 adalah ulang tahun ke-100 Parti Komunis China, dan ini juga merupakan tahun pertama bagi China melaksanakan Rancangan Lima Tahun ke-14 Pembangunan Sosioekonomi Kebangsaan dan memulakan usaha untuk membangunkan negara sosialis moden dengan menyeluruh. Perkembangan masa depan China bolehlah diidam-idamkan.

曹捷