Penggalian Terowong Paling Bahaya Landasan Kereta Api China-Laos Selesai

2021-01-04 11:48:08  CRI
Share with:

Kerja-kerja penggalian terowong paling berbahaya untuk landasan kereta api China-Laos diumumkan selesai pada Sabtu lalu.

Ia sekali gus meletakkan asas kukuh supaya landasan tersebut dapat memulakan operasi seperti yang dijadualkan.

Terletak di provinsi Yunnan, barat daya China dengan panjangnya sehingga 13 kilometer, tapak pembinaan Terowong Mengla merupakan antara kawasan yang mempunyai keadaan geologi paling rumit sepanjang landasan itu.

Justeru, usaha penggalian yang mengambil masa empat tahun itu amat mencabar, malah menghadapi pelbagai jenis bencana geologi termasuk lebih 100 kali runtuhan batu.

Menurut laporan, landasan kereta api China-Laos sepanjang lebih 1,000 kilometer tersebut turut merangkumi segmen Boten-Vientiane di Laos.

Dijadual dirasmikan pada akhir tahun ini, ia juga merupakan landasan kereta api antarabangsa pertama yang dibina China.

Landasan kereta api China-Laos dibina dengan menggunakan kelengkapan China dan mengikut piawaian teknologi negara itu, sekali gus membolehkannya terus dihubungkan dengan jaringan landasan kereta api China.

Selepas siap, masa perjalanan dari Kunming, ibu kota provinsi Yunnan ke Vientiane dijangka dipendekkan kepada sehari.

Ia juga signifikan bagi menambah baik keadaan pengangkutan di Laos, di samping memacu ekonomi dan industri tempatan.  

张哲