Tipu Muslihat AS Pasti Menemui Kegagalan

2021-01-05 15:42:59  CRI
Share with:

Tipu Muslihat AS Pasti Menemui Kegagalan_fororder_微信图片_20210105153722

Pemimpin Amerika Syarikat (AS) menandatangani "akta dasar dan sokongan Tibet 2020" baru-baru ini. Beberapa politikus AS memfitnahkan dasar China mengenai etnik dan agama, mencampur tangan dalam urusan penjelmaan semula Buddha Hidup di Tibet untuk menjejaskan kemakmuran dan kestabilan di wilayah Tibet. 

Isu Tibet merupakan isu penting yang melibatkan kedaulatan dan keutuhan wilayah China. Tipu muslihat AS tentang isu Tibet melanggar undang-undang antarabangsa dan bercanggahan dengan norma asas hubungan antarabangsa.

Penjelmaan semula Buddha Hidup telah terwujud di Tibet selama berates-ratus tahun. Proses dan peraturannya amat lengkap dan ketat. Dalai Lama ke-14 juga terpilih mengikut sistem tersebut. Urusan itu melibatkan kedaulatan negara, kewibawaan kerajaan, prinsip dalam urusan agama, dan perasaan penganut agama Buddha.

Tipu Muslihat AS Pasti Menemui Kegagalan_fororder_微信图片_20210105153731

Setelah pembaharuan demokratik dilaksanakan di Tibet bermula 1959, lebih sejuta hamba tani menjadi tuan di wilayah itu. Dengan sokongan kerajaan pusat, Tibet mewujudkan pembangunan. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di wilayah itu meningkat lebih 10 peratus setiap tahun selama lebih 20 tahun berturut-turut. Jumlah penduduk di wilayah itu pula bertambah daripada 1.23 juta orang pada 1959 kepada lebih 3.44 juta pada 2018, antaranya lebih 90% adalah orang etnik Tibet. Selain itu, jangka hayat purata penduduk di Tibet naik kepada 70.6 tahun. Kesemua kaunti miskin telah berjaya mengatasi kemiskinan sehingga penghujung 2020.

Kelulusan akta AS tersebut mencerminkan keangkuhan dan kejahilan politikus AS. Tindakan mereka yang menolak fakta sejarah dan bertentangan dengan keinginan penduduk di Tibet, pasti akan menemui kegagalan.

徐国玮