Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada Presiden Myanmar, Win Myint sempena hari kemerdekaan ke-73 Republik Kesatuan Myanmar semalam.
Xi menyatakan bahawa di bawah pimpinan kerajaan, rakyat Myanmar dapat terus melakar hasil cemerlang mengikut jalan pembangunan yang selaras keadaan negaranya sendiri.
Tegas beliau, lawatan ramsminya ke Myanmar pada tahun lepas membawa hubungan kedua-dua negara ke era baharu bagi membina komuniti berkongsi nasib. China mementingkan hubungan dengan Myanmar, merapatkan ikatan 'Pauk-Phaw', bersama-sama melawan wabak COVID-19, di samping mempergiat kerjasama pragmatik dalam pelbagai sektor demi menggalakkan komuniti berkongsi nasib China-Myanmar membuahkan hasil yang baharu.