GCC Gembleng Tenaga Tangani Cabaran

2021-01-05 11:55:24  CRI
Share with:

Putera mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semalam menyatakan, sidang kemuncak Majlis Kerjasama Negara-negara Arab (GCC) ke-41 akan menggembleng tenaga para anggota, mewujudkan perpaduan, mewujudkan kemakmuran bersama, di samping menangani cabaran serantau.

Beliau menegaskan, Arab Saudi akan berusaha mewujudkan "kepentingan tertinggi" negara-negara anggota GCC dan negara-negara Arab lain demi memelihara kedamaian pelbagai negara dan kesejahteraan rakyat.

Dalam perkembangan lain, Menteri Luar Kuwait, Ahmad Al Sabah malam tadi mengumumkan bahawa Arab Saudi dan Qatar telah mencapai perjanjian untuk membuka semula sempadan darat, laut dan udara kedua-dua negara bermula malam semalam.

Pada Jun tahun 2017, empat negara iaitu Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir memutus hubungan diplomatik dengan Qatar, di samping mengenakan sekatan dan memblokade negara itu dengan alasan Qatar menyokong keganasan dan merosakkan keselamatan serantau. .

Sidang Kemuncak GCC ke-41 akan diadakan di Al-Ula, kota kuno Arab Saudi hari ini.

覃淼