NYSE Batalkan Prosiding Menyahsenaraikan Firma China

2021-01-06 13:46:08  CRI
Share with:

NYSE Batalkan Prosiding Menyahsenaraikan Firma China_fororder_1272977663

New York Stock Exchange (NYSE) pada Isnin lalu menyatakan bahawa pihaknya tidak akan melancarkan prosiding menyahsenaraikan tiga firma telekomunikasi China, selepas ia berunding dengan pihak berkuasa berkaitan.

Menurut kenyataan NYSE pada 31 Disember lalu, ia akan memberhentikan perniagaan tiga firma telekomunikasi China, iaitu China Mobile, China Telecom dan China Unicom, selewat-lewatnya pada pukul 4.00 pagi 11 Januari ini. Tindakan ini diambil berdasarkan satu perintah eksekutif oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada November lalu.

NYSE Batalkan Prosiding Menyahsenaraikan Firma China_fororder_1879563209

Sudah pasti terdapat banyak faktor yang menyebabkan NYSE membatalkan keputusan tersebut. Antaranya satu sebab adalah sekiranya tiga firma China itu dinyahsenaraikan, kepentingan NYSE bahkah negara AS pasti akan terjejas. Perniagaan jualan ADR tiga firma telekomunikasi China tersebut melalui NYSE hampir atau melebihi 20 tahun. Firma-firma itu mematuhi peraturan dan penyeliaan pasaran sekuriti tempatan. Sekiranya NYSE mengenakan sekatan terhadap firma yang tidak bersalah untuk mempolitikkan isu ekonomi dan perdagangan, tindakan ini pasti akan merosakkan peraturan dan order pasaran, menjejaskan kepentingan pelabur global, bahkan memberikan kesan negatif terhadap kepercayaan syarikat dan pelabur terhadap NYSE.

Sama seperti kenyataan jurucakap Kementerian Luar China, kedudukan AS sebagai pusat kewangan antarabangsa bergantung kepada kepercayaan syarikat dan pelabur antarabangsa terhadap keinklusifan dan kekonsistenan peraturannya. AS menyekat firma asing tersenarai tentu akan menjejaskan kepercayaan negara-negara di dunia terhadap pasaran model di negara itu.

Negara itu diharap menghormati pasaran dan pentadbiran undang-undang, bertindak memelihara orde pasaran kewangan global dan menjaga hak dan kepentingan sah pelabur demi kestabilan dan perkembangan ekonomi global.

覃淼