Capitol Diserbu Pemprotes, Mesyuarat Kongres Terjejas

2021-01-07 14:47:47  CRI
Share with:

Rusuhan berlaku di Washington, Amerika Syarikat (AS) semalam. Sejumlah pemprotes menyerbu masuk ke bangunan Capitol, bertempur dengan polis dan menyebabkan seorang wanita maut.

Persidangan Senat dan Dewan Perwakilan untuk mengira dan mengesahkan keputusan pilihan raya presiden 2020 terpaksa diberhentikan.

Datuk Bandar Washington, Muriel Bowser mengumumkan perintah berkurung pada waktu malam bermula pukul 6.00 petang semalam hingga pukul 6.00 pagi tadi. Selain itu, Pasukan Pembela Kebangsaan telah dikerah untuk mengawal situasi di Washington.

Menurut polis tempatan, sekurang-kurangnya 13 pemprotes telah ditahan.

徐国玮