COVID-19: Malaysia Rekodkan Kes Harian Tertinggi

2021-01-08 12:30:52  CRI
Share with:

Kes jangkitan baharu Covid-19 di Malaysia semalam mencatatkan angka tertinggi iaitu 3,027, peningkatan harian buat kali pertama melebihi 3,000.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di negara itu meningkat kepada 128,465 kes dengan 521 kes kematian, manakala 102,723 telah sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa sistem kesihatan awam kini menghadapi tekanan amat besar berikutan peningkatan kes harian yang tinggi pada beberapa hari lalu.

Beliau berkata, sekiranya pandemik terus menular pantas, kemudahan perubatan yang sedia ada mungkin tidak mampu memenuhi keperluan. Tindakan pencegahan dan kawalan wabak yang berkesan mesti dilakukan.

Dalam pada itu, kerajaan Malaysia mengumumkan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) dilanjutkan hingga 31 Mac, selain Kuala Lumpur, negeri Selangor dan Sabah sedang melaksanakan PKPP yang lebih ketat. Kebanyakan kegiatan ekonomi tidak terjejas, penduduk boleh keluar masuk rentas kawasan di seluruh negara itu.

覃淼