"Demokrasi Ala AS" Sandiwara Sahaja!

2021-01-08 14:33:35  CRI
Share with:

Persidangan Senat dan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) diadakan pada 6 Januari untuk mengira undi elektoral dan mengesahkan keputusan pilihan raya presiden negara itu 2020.

Walau bagaimanapun, persidangan itu terpaksa dihentikan sementara waktu berikutan pemprotes yang menyokong Donald Trump menyerbu masuk bangunan Capitol dan cuba mengubah keputusan pilihan raya. Peristiwa itu telah mengakibatkan empat orang maut dan banyak lagi cedera.

Kejadian kekerasan yang berlaku di AS yang menganggap dirinya sebagai "lambang kebebasan dan demokrasi" ini memang menakjubkan seluruh dunia. Politikus AS yang mencetuskan "revolusi warna" di dunia adalah paling pandai mendalangi peristiwa seumpama di negara-negara lain.

Ketika pergolakan berlaku di wilayah Hong Kong China pada Jun 2019, pemprotes melampau menyerbu masuk ke bangunan Majlis Perundangan dan memusnahkan kemudahan di sana. Rusuhan serupa berlaku di Capitol pada masa ini. Namun begitu, politikus AS menyebut huru-hara di Hong Kong sebagai "panorama yang indah".

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, AS merancang kegiatan yang disebut "The Arab Spring" di Asia Barat dan Afrika Utara, menghasur "revolusi warna" di Asia dan Eropah di bawah panji-panji "demokrasi". Polis di negara-negara berkenaan bertindak mengawal order berasaskan undang-undang dilabelkan sebagai "mengancam demokrasi". Tetapi dalam kejadian di Capitol kali ini, polis AS menggunakan cara kekerasan untuk menyuraikan pemprotes dan menahan sekurang-kurangnya 13 orang.

Pemerintah negara memimpin kegiatan merosakkan order sosial, rakyat dihasut, dan keputusan "pemilihan demokratik" tidak dihormati, tak tahu malukah politikus AS menyebut tentang "demokrasi"? Tidak hairanlah pemimpin negara-negara Barat segera meluahkan suara menuntut politikus AS jangan menginjak-injakan demokrasi.

Kejadian di Capitol kali ini sekali lagi membuktikan kehancuran "demokrasi ala AS". Politikus AS dinasihati menangani urusan dalaman dengan baik dulu dan janganlah hendak mempopularkan "demokrasi ala AS" di negara-negara lain.

徐国玮