Bangunan Capitol Diserbu, 4 Orang Maut

2021-01-08 14:34:52  CRI
Share with:

Pemprotes menyerbu masuk bangunan Capitol Amerika Syarikat (AS) di Washington semalam, mengakibatkan empat orang maut.

Menurut polis tempatan, seorang wanita yang menyerbu masuk bangunan Capitol ditembak mati oleh polis. Seorang lagi wanita dan dua lelaki maut ketika menerima rawatan. Selain itu, sekurang-kurangnya 14 orang polis cedera dan 52 orang pemprotes ditahan.

Datuk Bandar Washington, Muriel Bowser mengumumkan, perintah darurat dilanjutkan selama 15 hari kerana pemprotes mungkin terus mengadakan tunjuk perasaan sehingga Joe Biden mengangkat sumpah menyandang jawatan presiden pada 20 Januari.

徐国玮