Harap Kedamaian dan Kestabilan Pulih di AS

2021-01-08 13:48:04  CRI
Share with:

China memberi perhatian terhadap perkembangan situasi domestik di Amerika Syarikat (AS) dan berharap rakyat negara itu dapat kembali hidup dalam kedamaian, kestabilan dan keselamatan secepat mungkin. 

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang akhbar di Beijing semalam ketika mengulas ciapan oleh netizen yang membandingkan peristiwa bangunan Capitol AS diserbu masuk oleh pemprotes dengan rusuhan di Hong Kong.

Hua berkata, walaupun keadaan yang serupa berlaku di AS, tetapi beberapa politikus dan media tempatan memberi respons yang sama sekali berbeza. Mereka menggunakan perkataan "peristiwa kekerasan", "pengganas", "pelampau", dan "rasa malu", namun mereka menyebut rusuhan di Hong Kong sebagai "panorama yang indah" dan menyebut pelampau kekerasan sebagai "wira demokrasi". Pendirian dan sikap sesetengah media AS jauh berbeza terhadap rusuhan di Hong Kong dan rusuhan di AS sekarang. Ini patut difikirkan semula.

胡星