Sekat Firma China, Politikus AS Dah Hilang Akal

2021-01-09 15:34:06  CRI
Share with:

Pemimpin Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini memeterai perintah eksekutif melarang transaksi melalui 8 aplikasi yang dihasilkan oleh firma China dengan alasan "keselamatan negara". Antaranya termasuk Alipay dan Wechat Pay yang digunakan secara meluas di China. Larangan ini antara tindakan kerajaan AS sekarang bagi memperkukuh sikap keras pihak pemerintah negara itu terhadap China kepada kerajaan baharu.

Dalam empat tahun lalu, kerajaan AS sentiasa menganggap China pesaing strategik terbesarnya, dan mempergiat sekatan ke atas negara ini. Antaranya menyekat firma China, khususnya firma sains dan teknologi tinggi, serta internet. Satu-satunya alasan ialah mereka "menjejaskan keselamatan negara AS", namun tiada bukti.

Sebenarnya, jumlah muat turun Alipay dan WeChat Pay menerusi App Store dan Google play masing-masing mencatat 207 ribu dan 1.6 juta kali pada tahun lepas. Dakwaan mengenai "menjejaskan keselamatan negara" sama sekali tiada bukti.

AS mempolitikkan isu ekonomi dan perdagangan, menyalahgunakan kuasa negara untuk menyekat syarikat China tanpa alasan, ini menunjukkan sebahagian politikus AS dah hilang akal. Mereka mahu menyekat pembangunan firma China melalui menyalahkan China demi menyelamatkan daya saingannya yang semakin berkurangan.

Dalam pada itu, mahkamah pelbagai tempat di AS memutuskan untuk menggantungkan pelaksanaan perintah larangan oleh White House tersebut untuk sementara waktu. Beberapa syarikat multinasional termasuk Apple Inc, Ford dan WalMart menegaskan bahawa larangan terhadap WeChat akan menjejaskan daya saingan mereka di pasaran China.

Tindakan AS umpama ini bukan sahaja menjejaskan kerjasama ekonomi kedua-dua negara China dan AS, bahkan membawa kerugian besar kepada negaranya sendiri. Kerajaan baharu AS digesa membetulkan sikap salah terhadap negara China dan mengambil tindakan bijaksana.

覃淼