Pesawat Terhempas, Mayat Mangsa Ditemui

2021-01-10 14:59:22  CRI
Share with:

Pesawat Terhempas, Mayat Mangsa Ditemui_fororder_1501240782

Pesawat Terhempas, Mayat Mangsa Ditemui_fororder_2016204873

Sebuah pesawat Boeing-737 kendalian Sriwijaya Air yang membawa 62 orang terhempas di perairan Kepulauan Seribu selepas hanya empat minit berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju ke Pontianak semalam.

Jabatan Pencarian dan Penyelamatan Indonesia, Kementerian Pengangkutan, tentera dan Suruhanjaya Keselamatan Pengangkutan Nasional Indonesia bersama-sama menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi nahas.

Menurut polis Indonesia, sebahagian mayat mangsa dan serpihan pesawat telah ditemui di sekitar Pulau Laki, Kepulauan Seribu.

Anggota keluarga mangsa diminta pergi ke Hospital Polis Negara Indonesia bagi mengenal pasti identiti mangsa terlibat.

 

覃淼