Perpecahan Politik AS, Risiko Utama Dunia 2021

2021-01-11 15:02:17  CRI
Share with:

Perpecahan politik AS diletakkan pada tempat teratas dalam senarai "sepuluh risiko utama dunia 2021" oleh Kumpulan Eurasia, disusuli pandemik COVID-19 yang berlarutan dan perubahan iklim. 

Menurut laporan firma kaunseling politik terkenal AS itu, Presiden Donald Trump menolak mengaku kalah dalam pilihan raya dan menganggap Parti Demokrat telah mencuri kemenangannya. Dengan ini, tahap perpecahan AS dapat dilihat dengan nyata dan dijangka akan berlarutan.

Presiden  Kumpulan Eurasia, Lan Bremmer berpendapat kerajaan Joe Biden akan membuka era iaitu "kira-kira separuh rakyat AS memandang tuan Rumah Putih adalah tidak sah".  Keadaan ini tidak wujud di negara anggota lain dalam Kumpulan Tujuh (G7). 

张哲