Parti Demokrat Mulakan Proses Pemecatan Trump

2021-01-12 16:08:40  CRI
Share with:

Parti Demokrat Amerika Syarikat (AS) memulakan proses memecat Presiden Donald Trump yang didakwa "menghasut pemberontakan" susulan serangan penyokongnya di Capitol minggu lalu.

Demokrat pada Isnin menyerahkan usul pendakwaan kepada Dewan Perwakilan, menggesa supaya memecat Trump yang tidak layak bekerja mengikut pindaan ke-25 Perlembagaan.

Menurut media AS, langkah pertama dalam proses memecat Trump itu telah memperoleh sokongan majoriti yang diperlukan. Manakala, beberapa ahli parlimen dari Parti Republikan juga mempertimbangkan menyokong pendakwaan berkenaan.

Berdasarkan Perlembagaan AS, presiden akan dipecat sekiranya usul pendakwaan diluluskan di Dewan Perwakilan dengan majoriti undi menyokong. Kemudian, Senat akan membicarakan kes dan presiden dijatuhkan hukuman dan disingkirkan daripada jawatannya jika mendapat undi sokongan daripada dua pertiga senator.

Umum beranggapan, Senat tidak mungkin membicarakan kes tersebut sebelum Joe Biden mengangkat sumpah jawatan pada 20 Januari, biarpun Dewan Perwakilan dengan serta-merta menyerahkan usul pendakwaan terhadap Trump.

周乔西