Xi Ucap Takziah kepada Jokowi

2021-01-12 13:49:02  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menzahirkan ucapan takziah kepada rakan sejawatnya dari Indonesia, Joko Widodo atas insiden pesawat Sriwijaya Air terhempas pada Sabtu.

Bagi pihak kerajaan dan rakyat China, beliau turut menyampaikan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas itu.

Pesawat Boeing 737-500 Sriwijaya Air dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan pada petang Sabtu, beberapa minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta.

梁靓