China Komited Lonjak Hubungan dengan ASEAN

2021-01-12 12:25:06  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Wang Yi dijadual mengadakan lawatan ke Myanmar, Indonesia, Brunei dan Filipina bermula 11 hingga 16 Januari ini.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-30 penjalinan hubungan dialog China-ASEAN. China mengutamakan hubungan dengan negara-negara Asia Tenggara yang merupakan jiran bersahabat dan juga rakan kerjasama penting untuk Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Lawatan itu diharap dapat memperkasakan kerjasama BRI dan penubuhan komuniti berkongsi nasib sesama insan, di samping memperkukuh momentum kerjasama serantau dan mempertingkat hubungan sesama negara dan hubungan China-ASEAN ke satu tahap baharu. 

Zhao turut menegaskan bahawa China akan bersama-sama negara ASEAN mempertahankan multilateralisme dan menggalakkan perdagangan bebas.

董筱娉