Indonesia Beri Permit Penggunaan Kecemasan kepada Vaksin Sinovac

2021-01-12 11:50:37  CRI
Share with:

Jabatan Petadbiran Penyeliaan Perubatan dan Makanan Indonesia mengumumkan akan memberi permit penggunaan vaksin COVID-19 Coronavac buatan Syarikat Sinovac China.

Dalam satu sidang media yang diadakan pada semalam, ketua jabatan tersebut mendedahkan bahawa ujian klinikal peringkat ketiga vaksin tersebut telah tamat di Bandung negara itu.

Menurut jabatan itu, keberkesanan vaksin tersebut didapati lebih tinggi daripada 50 peratus, iaitu piawaian yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Justeru, hasil daripada ujian berkenaan dan pertimbangan ujian klinikal vaksin Sinovac yang dilakukan di Brazil dan Turki, pihaknya akan memberi permit penggunaan kecemasan kepada vaksin tersebut.

Terdahulu, Presiden Indonesia, Joko Widodo telah mengumumkan warga negaranya akan disuntik vaksin COVID-19 bermula minggu ini.

Beliau turut mendedahkan sekiranya prosedur berkenaan vaksin diluluskan, kerajaan akan menyediakan vaksin kepada semua warga negara secara percuma.

Untuk rekod, pandemik COVID-19 terus menular di Indonesia yang mengakibatkan kes jangkitan baharu kekal tinggi dengan kes baharu dilaporkan sebanyak 8,692 dalam tempoh 24 jam lalu yang menyaksikan jumlah kes keseluruhan mencatat 836,718 setakat ini.

 

张宪