China, Myanmar Kukuh Kerjasama

2021-01-13 13:59:52  CRI
Share with:

China dan Myanmar sepakat untuk bersama-sama memperkasakan lagi kerjasama saling untung hingga membawa banyak manfaat.

Persetujuan itu dicapai pada pertemuan Ahli Dewan Negara yang juga Menteri Luar China, Wang Yi dengan Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi di Naypyidaw pada Isnin, yang memberi fokus kepada kerjasama dua hala.

Wang Yi berkata, koridor ekonomi China-Myanmar antara projek utama yang dilaksanakan di bawah inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), malah dianggap sebagai praktik ke arah membina komuniti berkongsi nasib sesama negara.

Beliau mahu melihat rancangan lima tahun kerjasama ekonomi dan perdagangan dua negara dapat dilaksanakan seawal mungkin, dengan mempercepat projek-projek prasarana seperti pelabuhan air dalam Kyaukpyu dan bandar baharu Yangon, sehingga membawa manfaat kepada masyarakat tempatan.

董筱娉