Yakin Ikatan China, ASEAN Makin Mantap

2021-01-14 13:46:47  CRI
Share with:

Lawatan Menteri Luar China, Wang Yi ke empat negara ASEAN diyakini akan memantapkan lagi hubungan dua pihak menerusi kerjasama yang lebih rapat membabitkan pelbagi bidang.

China dan ASEAN akan menyambut ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan dialog pada tahun ini.

Felo penyelidik kanan dari Institut Strategi Asia Pasifik dan Global, Akademi Sains Sosial China (CASS), Xu Liping memaklumkan, tahun 2021 juga ditetapkan sebagai Tahun Kerjasama Pembangunan Mampan China-ASEAN.

Kedua-dua pihak akan mengambil peluang ini untuk mempertingkat sinergi berkaitan pembangunan mampan termasuk pembasmian kemiskinan, perlindungan persekitaran marin serta usaha menangani perubahan iklim.

China dan ASEAN juga akan mempergiat kerjasama subrantau, dengan mempercepat pelaksanaan projek-projek di bawah mekanisme Kerjasama Lancang-Mekong (MLC).

Tambah Xu, kedua-dua pihak akan melakukan yang terbaik bagi memastikan siri aktiviti sambutan ulang tahun hubungan dialog diadakan dengan jayanya.

Wang Yi yang juga Ahli Dewan Negara China dijadual mengadakan lawatan ke Myanmar, Indonesia, Brunei dan Filipina bermula 11 hingga 16 Januari ini.

Dalam sesi taklimat pada Isnin, jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian menyatakan China mengutamakan hubungan dengan negara-negara Asia Tenggara yang merupakan jiran bersahabat dan juga rakan kerjasama penting untuk Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

周乔西