Kerjasama Vaksin, Bukti Saling Percaya

2021-01-15 15:50:41  CRI
Share with:

Kerjasama berkaitan vaksin COVID-19 antara China dengan Indonesia amat berhasil, mencerminkan betapa kukuhnya kesalingpercayaan politik sesama dua negara.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian menyifatkan sinergi tersebut sebagai satu kemajuan baharu dalam kerjasama pragmatik China dan Indonesia yang merupakan rakan strategik penting bagi satu sama lain. 

Dalam sidang media semalam, Zhao berkata China ingin mempertingkat kerjasama dengan Indonesia dalam penyelidikan, penghasilan dan pembelian vaksin, di samping memperdalam kerjasama perubatan dan kesihatan termasuk menyokong Indonesia membina pusat pengeluaran vaksin serantau, ke arah mewujudkan komuniti kesihatan sesama insan.

Presiden Indonesia, Joko Widodo diberi suntikan vaksin keluaran syarikat farmaseutikal China, Sinovac Biotech pada Rabu, menjadikannya  individu pertama di republik itu yang menerima vaksin COVID-19.

Semasa bertemu Menteri Luar China, Wang Yi di Jakarta sehari kemudian, Jokowi mengucapkan terima kasih atas pembekalan vaksin oleh China, sambil menzahirkan penghargaan terhadap hasil yang diperoleh dalam kerjasama perubatan dan kesihatan antara dua negara. 

梁靓