China, Indonesia Iltizam Lonjak Ikatan

2021-01-15 12:55:41  CRI
Share with:

Lawatan Menteri Luar China, Wang Yi ke Indonesia membuahkan hasil memberangsangkan dengan tercapainya beberapa kata sepakat untuk melonjakkan hubungan bilateral ke tahap lebih tinggi pada era pasca COVID-19 menerusi sinergi lebih rapat.

Dalam taklimat media semalam, jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian memaklumkan China dan Indonesia berjanji akan terus berganding bahu memerangi pandemik COVID-19, mengintensifkan kerjasama pragmatik dari segenap aspek dan mendorong usaha sama di rantau Asia Timur.

Kedua-dua negara juga sepakat untuk memelihara keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan, selain bersama-sama melindungi dan memperkukuh multilateralisme.

“Sinergi antara China dan Indonesia, dua negara membangun besar dan juga entiti ekonomi baru muncul yang penting, amat signifikan dari segi strategik dan pasti akan membawa pengaruh besar terhadap dunia,” tambah Zhao lagi.

 

周乔西