Xi Utus Kawat Tahniah kepada Thongloun

2021-01-16 15:36:04  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada Thongloun Sisoulith atas pelantikan beliau sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Revolusioner Rakyat Lao (LPRP).

Xi dalam kawat itu berkata, beliau bagi pihak Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) serta atas nama sendiri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Thongloun dan barisan pimpinan baharu LPRP.

Xi menegaskan kesediaannya untuk bersama ketua parti Laos itu menyemarakkan ikatan persahabatan sesama negara, memperkasakan kerjasama dan pertukaran, berganding bahu dalam membina komuniti berkongsi nasib, dan menyumbang kepada kedamaian dan kemakmuran rantau.

董筱娉