Main Taktik Kotor, Padah Menanti Kelak

2021-01-16 14:16:01  CRI
Share with:

Kerajaan AS penggal ini yang akan tamat tempoh perkhidmatan tidak lama lagi, mengenakan sekatan baharu terhadap Xinjiang, China dengan menahan produk kapas dan tomato keluaran wilayah itu di semua pintu masuknya.

Jelaslah tindakan seumpama satu lagi taktik kotor diwarnai tohmahan wujudnya “buruh paksa” di Xinjiang. Tohmahan itu sudah pun terbukti dusta belaka yang disebarkan oleh sesetengah politikus AS serta kumpulan pemikir anti-China tajaan mereka.

Padahal, kerajaan China telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menggalakkan pengambilan pekerja di seluruh negara, termasuk juga di wilayah Xinjiang pada beberapa tahun kebelakangan ini.

Dalam pada itu, hak dan kepentingan pekerja di Xinjiang dijamin dengan baik di sisi undang-undang, sementara kehidupan mereka turut diperbaik dengan ketara.    

Xinjiang merupakan kawasan pengeluar kapas utama dunia. Sekatan ke atas produk kapas Xinjiang pasti akan memberi impak negatif terhadap industri berkaitan, malah membawa kepada pergolakan pasaran antarabangsa. Hal ini akan menjejaskan kepentingan pengguna seluruh dunia, termasuk juga di AS.

Berdepan impak teruk daripada wabak COVID-19, sesetengah politikus AS masih tidak ingin melepaskan peluang untuk mencetuskan konfrontasi. Taktik politik mereka pasti akan menerima padah dan mengundang bantahan masyarakat antarabangsa kerana sudah menjejaskan kepentingan bersama sedunia.

张哲