Perpecahan Politik Lukai Kepentingan Rakyat AS

2021-01-16 16:48:07  CRI
Share with:

Seluruh dunia terkejut apabila penyokong Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyerbu masuk bangunan Capitol secara haram dengan tujuan untuk mengubah keputusan pilihan raya.

Susulan itu, Trump berdepan pendakwaan sebanyak dua kali oleh Parti Demokrat dengan alasan "menghasut pemberontakan".

Di sebalik sandirawa itu, jelas dilihat keadaan perpecahan dan polarisasi dalam ekopolitik AS.

Padahal, parti Demokrat dan Repulikan mendahulukan kepentingan sendiri daripada kepentingan negara dan rakyat.

Kedua-dua parti yang hanya mahu mengejar kuasa pemerintahan, sering bertelingkahan sehingga menyebabkan kata sepakat sukar dicapai dalam dasar-dasar penting, ataupun keputusan yang tercapai secara berkompromi digugurkan begitu sahaja.

Dari perspektif yang lain, struktur masyarakat AS sedang mengalami perubahan besar, susulan ketidaksamaan distribusi kepentingan antara kelas sosial dan ketidakpuasan pelbagai golongan masyarakat terhadap dasar negara.

Disebabkan perbezaan dari segi titik tolak dasar berkaitan kebajikan masyarakat, keadilan dan imigresen, wujudnya pertentangan serius antara Demokrat dan Repulikan yang akhirnya akan melukai kepentingan rakyat AS sendiri.

周乔西