Lebuh Raya Jana Saling Hubung China, Myanmar

2021-01-17 14:44:14  CRI
Share with:

Pengangkutan rentas sempadan China dan Myanmar dipermudah lagi dengan operasinya lebuh raya Jinghong-Menghai di daerah autonomi Xishuangbanna berpenduduk etnik Dai, provinsi Yunnan mulai Jumaat.

Pembukaan lebuh raya sepanjang kira-kira 54 kilometer dengan kelajuan operasi 80 kilometer per jam itu menyaksikan seluruh daerah tersebut disambungkan dengan jaringan lebuh raya.

Lebuh raya baharu itu akan membantu meringankan kesesakan trafik dengan memendekkan masa perjalanan di antara Jinghong dan Menghai kepada kira-kira setengah jam daripada satu setengah jam sebelumnya.

Ia akan turut memudahkan perjalanan dari ibu kota Kunming ke pintu keluar masuk Daluo, Menghai di sempadan dua negara.

Prasarana berkenaan dipercayai akan terus menjana pembangunan perindustrian rantau, sekali gus meningkatkan kesalinghubungan antara China dengan Myanmar.

Lebuh raya Jinghong-Menghai antara komponen jaringan lebuh raya peringkat negara, dibina untuk menghubungkan bahagian tengah dan barat daya China, menuju ke negara-negara Asia Selatan dan Tenggara.

周乔西