Politik Wang Hakis Reputasi AS

2021-01-17 15:43:00  CRI
Share with:

Pada 2016, Donald Trump, selaku calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari Republikan, pernah bercakap berdegar-degar bahawa dia dapat “mengeringkan paya di Washington DC” ketika berkempen.

Namun, selepas empat tahun berlalu, cakap besar itu akhirnya tinggal janji kosong. Trump gagal mencabut gejala korupsi di ibu negara dari akar umbinya, sebaliknya membiarkan taktik amalan politik semakin jijik dan kotor.

Kumpulan berkepentingan dan kuasa politik di negara itu mempunyai ikatan yang tidak akan terurai, manakala amalan politik wang dan politik bersifat melobi tetap berleluasa.

Di AS, wujudnya fenomena biasa bahawa kumpulan berkepentingan dan individu sentiasa melobi dalam proses pembuatan dasar, malah pun "menculik" pendapat umum. Data Opensecrets mencatatkan bahawa belanja untuk melobi naik melambung kepada USD3.51 bilion (RM14.17 bilion) pada 2019 berbanding USD1.56 bilion (RM6.3 bilion) pada 2000. Amalan melobi dalam politik mengakibatkan kepentingan segelintir blok kuasa mengatasi kepentingan majoriti golongan lemah.

Selepas memperoleh kuasa, politikus negara itu tentu akan “membalas budi” sugar daddy mereka daripada kumpulan berkepentingan. Seperti yang diketahui, ahli panel ekonomi yang bertugas untuk pemerintahan Trump menjalin ikatan rapat dengan kumpulan kewangan Wall Street; Setiausaha Jabatan Perbendaharaan, Steven Mnuchin pernah berkhidmat kepada kumpulan Goldman Sachs dan syarikat pengurusan tabung Soros; manakala penasihat ekonomi kanan Donald Trump, Gary Cohn pula menyandang jawatan Presiden Goldman Sachs.

Jelas sekali, sistem politik AS makin terhakis oleh pembiayaan politik, sehingga terjerumus dalam kancah korupsi. Sesiapa pun yang muncul menggantikan Trump memegang jawatan Presiden, mustahil menjadi penawar kepada politik wang negara berkenaan.

董筱娉