Kawat Tahniah Xi Sempena Ulang Tahun Ke-71 Hubungan Diplomatik China-Vietnam

2021-01-18 12:51:04  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada rakan sejawatnya dari Vietnam, Nguyen Phu Trong sempena ulang tahun ke-71 hubungan diplomatik China-Vietnam hari ini.

Xi menyatakan hubungan China-Vietnam telah menyaksikan perkembangan yang memberangsangkan sejak tahun 2020. Pemimpin kedua-dua negara telah mencapai konsensus mengenai memperkukuh hubungan parti dan kerajaan serta memperkasa kerjasama strategik komprehensif kedua-dua pihak. Di samping itu, usaha membendung penularan pandemik COVID-19 yang dilakukan kedua-dua negara pula telah mencapai hasil penting.

Sementara itu, Xi Jinping juga menyatakan, usaha memperkukuh hubungan persahabatan dan memperhebatkan kerjasama yang saling menguntungkan bersesuaian dengan kepentingan bersama China-Vietnam.   Beliau menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Nguyen Phu Trong  bagi menggalakkan hubungan parti dan kerajaan kedua-dua negara berkembang ke tahap baharu.

Pada hari yang sama, Perdana Menteri China, Li Keqiang juga mengirim kawat tahniah kepada rakan sejawatnya dari Vietnam, Nguyen Xuan Phuc. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), Li Zhanshu mengirim kawat tahniah kepada Pengerusi Perhimpunan Kebangsaan Vietnam, Nguyen Thi Kim Ngan. Menteri Luar China,  Wang Yi pula mengirim kawat tahniah kepada rakan sejawatnya dari Vietnam,Pham Binh Minh.

高蕾