Komuniti Berkongsi Nasib China-ASEAN Dibangun Lebih Stabil

2021-01-18 12:03:32  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi telah melawat Myanmar, Indonesia, Brunei Darussalam dan Filipina minggu lepas, dan mencapai persepakatan yang meluas tentang usaha menangani wabak COVID-19 dan mendorong penaiktarafan perkongsian antara satu sama lain. Sementara itu, vaksin koronavirus baharu yang diselidik dan dibangun China mula digunakan di ASEAN, yang dilihat sebagai sokongan kepada perjuangan masyarakat tempatan dalam menangkis wabak dan menjana pemulihan ekonomi.

Kini, kes COVID-19 di Indonesia, Filipina dan Malaysia tetap banyak setiap hari, maka vaksin dipandang sebagai pendekatan utama untuk mengatasi wabak dan menggalakkan pemulihan ekonomi. Di Indonesia, Presiden Jokowi sudi merupakan orang yang pertama di negaranya yang menerima suntikan vaksin keluaran China, dan kemudian disusuli rakyatnya yang sudah pun melakukan pemvaksinan secara besar-besaran kebelakangan ini; Selain itu, China akan terlebih dahulu menyediakan sebahagian vaksin percuma kepada Filipina, seterusnya membantu syarikat pembuat vaksin menjual produknya kepada negara itu; Thailand dan Malaysia pula memutuskan untuk membeli vaksin dari China. Dimaklumkan, vaksin keluaran China dipercayai memanfaatkan sistem penyimpanan dan pengangkutan yang sedia ada, dan sesuai untuk pemvaksinan secara meluas. Kerjasama antara pengeluar ubat-ubatan China dengan Indonesia dan Malaysia berfaedah bagi memperhebat kemampuan setempat dalam pengeluaran vaksin.

Terdepan impak wabak terhadap ekonomi serantau, China dan ASEAN merupakan peneraju sejagat dalam mendorong penyambungan semula operasi dan memantapkan kestabilan rantai industri dan pembekalan, melindungi kerjasama pelbagai hala dan perdagangan bebas, dan menentang amalan unilateralisme serta perlindungan.

高蕾